Ahad, 18 November 2012

PENJODOH BILANGAN

Nota ringkas :


  • Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk sebelum kata nama dan digunakan untuk menyebut bilangan manusia, haiwan, benda dan tempat.
  • Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

Penggunaan penjodoh bilangan :

  1. angkatan - untuk kumpulan manusia atau benda. ( penulis, tentera, kapal perang)

          berkas - untuk benda yang telah diikat atau diberkas. ( buluh, kayu, lidi )

          bidang - untuk benda yang lebar dan rata. ( sawah, tanah, permaidani)

          carik - untuk benda yang dikoyakkan. ( kain, kertas)

          cekak - untuk benda yang boleh dicekak ( batang padi, tangkai serai)

          cubit - untuk benda yang diambil sedikit sahaja. ( garam, gula, nasi)

          genggam - untuk benda yang digenggam dengan tangan. ( beras, pasir, tanah)

          hidang - untuk makanan yang sudah disajikan. ( lauk, nasi, kuih)

          kaki - untuk benda yang bertangkai. ( payung, bunga, cendawan)

          rangkai - untuk benda yang berangkai. ( doa, ayat, lagu)


           

          

2 ulasan: