- Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk sebelum kata nama dan digunakan untuk menyebut bilangan manusia, haiwan, benda dan tempat.
- Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
Penggunaan penjodoh bilangan :
- angkatan - untuk kumpulan manusia atau benda. ( penulis, tentera, kapal perang)
berkas - untuk benda yang telah diikat atau diberkas. ( buluh, kayu, lidi )
bidang - untuk benda yang lebar dan rata. ( sawah, tanah, permaidani)
carik - untuk benda yang dikoyakkan. ( kain, kertas)
cekak - untuk benda yang boleh dicekak ( batang padi, tangkai serai)
cubit - untuk benda yang diambil sedikit sahaja. ( garam, gula, nasi)
genggam - untuk benda yang digenggam dengan tangan. ( beras, pasir, tanah)
hidang - untuk makanan yang sudah disajikan. ( lauk, nasi, kuih)
kaki - untuk benda yang bertangkai. ( payung, bunga, cendawan)
rangkai - untuk benda yang berangkai. ( doa, ayat, lagu)
bit
BalasPadamJe trouve c'est profond c'que tu dis la
BalasPadamBisous a Géraldine