Khamis, 22 November 2012

PENGGUNAAN TANDA BACA - AYAT CONTOH

Tanda titik ( . )

1. Siti suka memakai baju kurung.

2. Dr. Lim sedang merawat pesakit.

3. Pesan ibu " Belajarlah bersunguh-sungguh."


Tanda koma ( , )

1. Amin suka makan durian, manggis, rambutan dan pisang.

2. Pada hari Ahad ini, mereka pulang ke kampung di Pulau Pinang.


Tanda tanya ( ? )

1. Di manakah kamu tinggal ?


Tanda petik ("...")

1. "Kamu hendak pergi mana?" tanya Puan Minah.

2. Dia membeli majalah "Keluarga" itu di kedai buku.


Tanda seru ( ! ) 

1. Aduh, sakitnya perut saya !


Tanda sempang ( - ) 

1. Lagu-lagu 70-an telah menjadi kegemaran muda-mudi sekarang.

2. Lauk-pauk yang dijual di kedai makan itu sangat sedap.

3. Nombor telefon sekolah ialah 03-5578688


Tiada ulasan:

Catat Ulasan