Ahad, 18 November 2012

KATA HUBUNG BERPASANGAN


Penggunaan Kata Hubung Berpasangan


1. bagaimana......begitulah  - menunjukkan persamaan yang hampir sama

    Contoh : Bagaimana rupa ibunya begitulah anaknya.


2. baik.......mahupun           - menunjukkan sama-sama
 
    Contoh : Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama gotong royong membersihkan balai raya.
                 

3. bukan sahaja......malahan - menunjukkan akibat atau sesuatu yang berikutnya

    Contoh : Rumah banglo itu bukan sahaja usang malahan amat meyeramkan.


4. daripada.....lebih baik      - untuk menimbulkan maksud yang menunjukkan pertentangan

    Contoh : Daripada terus berdiam diri lebih baik saya berterus terang sahaja tentang perkara itu.


5. sama ada......ataupun       - untuk menyatakan makna persamaan dengan yang lain

    Contoh : Cikgu Ahmad meminta murid-murid mengeluarkan sama ada buku latihan ataupun buku kerja.


                             




Tiada ulasan:

Catat Ulasan