PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH
Ahad, 25 November 2012
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
1. Badan Ramu menjadi _______________________ selepas disapu minyak.
2. Adik tidak tertelan ubat yang _________________________.
3. Aminah tidak terdaya berlari mengelilingi padang yang ___________________.
4. Air sirap yang dihidangkan itu begitu __________________________.
5. Suara penyanyi itu _________________________.
6. Rozita menjadi perhatian beberapa orang jejaka kerana rupanya _____________.
7. Jamal hanya ___________________ ketika dimarahi oleh Cikgu Hamidah.
8. Peserta-peserta berlari _______________________ di padang.
9. Longgokan sampah di tepi jalan itu berbau _________________________.
10. Rani tidak disukai kawan-kawan kerana bersikap ____________________.
BANDINGAN SEMACAM
Bandingan semacam ialah bahasa kiasan yang digunakan untuk menggambarkan
sifat atau keadaan atau benda secara perbandingan.
1. kurus seperti lidi
2. takut seperti tikus
3. pahit seperti hempedu
4. lambat seperti kura-kura
5. diam seperti tunggul
6. licin seperti belut
7. cantik seperti bidadari
8. liat seperti getah
9. degil seperti keldai
10. manis seperti madu
11. merdu seperti buluh perindu
12. luas seperti lautan
13. halus seperti kuman
14. busuk seperti bangkai
15. cepat seperti kilat
Sabtu, 24 November 2012
PERIBAHASA
MAKSUD PERIBAHASA
Ambil berat - ambil tahu tentang sesuatu perkara
Campur tangan - masuk campur sesuatu urusan
Hidung tinggi - bersikap sombong
Keras hati - sangat degil
Ringan mulut - suka bercakap
Muka tembok - tidak berasa malu
Cari jalan - cari cara penyelesaian masalah
Buah tangan - hadiah
Ada bakat - berkebolehan
Murah hati - suka memberi bantuan
Tanda hati - hadiah kenangan
Besar hati - terasa bangga terhadap sesuatu perkara

Khamis, 22 November 2012
PENGGUNAAN TANDA BACA - AYAT CONTOH
Tanda titik ( . )
1. Siti suka memakai baju kurung.
2. Dr. Lim sedang merawat pesakit.
3. Pesan ibu " Belajarlah bersunguh-sungguh."
Tanda koma ( , )
1. Amin suka makan durian, manggis, rambutan dan pisang.
2. Pada hari Ahad ini, mereka pulang ke kampung di Pulau Pinang.
Tanda tanya ( ? )
1. Di manakah kamu tinggal ?
Tanda petik ("...")
1. "Kamu hendak pergi mana?" tanya Puan Minah.
2. Dia membeli majalah "Keluarga" itu di kedai buku.
Tanda seru ( ! )
1. Aduh, sakitnya perut saya !
Tanda sempang ( - )
1. Lagu-lagu 70-an telah menjadi kegemaran muda-mudi sekarang.
2. Lauk-pauk yang dijual di kedai makan itu sangat sedap.
3. Nombor telefon sekolah ialah 03-5578688

TANDA BACA
huruf besar- digunakan pada huruf pertama yang memulakan ayat
- pada huruf pertama kata nama khas
- pada huruf pertama selepas tanda seru, tanda soal dan tanda titik
tanda titik ( . ) - digunakan pada akhir ayat yang lengkap
- pada singkatan nama orang, gelaran, pangkat, jawatan dan tempat
- sebelum tanda penutup kata (") dalam cakap ajuk
tanda koma ( , ) - bagi mengasingkan perkataan yang berturut-turut dalam sesuatu
ayat
- untuk menandakan tempat berhenti sebentar dalam sesuatu ayat
yang panjang
tanda tanya ( ? ) - digunakan pada akhir ayat tanya
tanda petik ("..." ) - digunakan bagi menunjukkan cakap langsung
- untuk menunjukkan sesuatu judul buku, majalah, lagu dan
sebagainya
tanda seru ( ! ) - digunakan untuk menggambarkan perasaan seperti kagum,
hairan, sakit dan sebagainya
tanda sempang ( - ) - digunakan untuk memisahkan angka dengan huruf
- digunakan untuk menunjukkan kata ganda
- digunakan untuk memisahkan huruf kecil daripada huruf besar
- digunakan untuk menulis nombor telefon
Ahad, 18 November 2012
Kesalahan umum penggunaan penjodoh bilangan
1. Penjodoh bilangan yang membawa maksud banyak tidak boleh digunakan
bersama-sama kata bilangan para, semua, dan sekalian.
Contoh :
Para pasukan polis turut membantu tugas menyelamat mangsa di Pulau Ketam. (salah)
Pasukan polis turut membantu tugas menyelamat mangsa di Pulau Ketam. (betul)
2. Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan untuk benda yang tidak dapat dilihat
atau dibilang seperti cita-cita, angan-angan,mimpi, ilham dan sebagainya.
Contoh :
Karim mengalami sebuah mimpi yang menakutkan pada malam tadi. (salah)
Karim mengalami mimpi yang menakutkan pada malam tadi. ( betul)

Langgan:
Ulasan (Atom)