Khamis, 4 Oktober 2012
Rabu, 3 Oktober 2012
Kata Seru
- Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perasaan hairan, takut, sakit, terkejut atau marah.
- Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
- Kata seru hadir pada pangkal ayat, diikuti dengan tanda koma ( , ) dan ayat itu diakhiri dengan tanda seruan ( ! ).
Contoh kata seru dan penggunaanya
Kata Seru
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
aduh
|
Untuk menyatakan perasaan sakit atau
kagum
|
Aduh, sakitnya mataku!
|
ah
|
Untuk menolak sesuatu pandangan atau
tidak bersetuju
|
Ah, itu semua karut!
|
aduhai
|
Untuk menyatakan perasaan sedih
|
Aduhai, malang sungguh nasib orang tua itu!
|
eh
|
Untuk membayangkan perasaan hairan
atau terkejut
|
Eh, mana pula kasut saya!
|
hai
|
Untuk menaytakan perasaan menyapa atau
untuk menarik perhatian seseorang
|
Hai, apa khabar kakak kamu sekarang!
|
nah
|
Untuk menarik perhatian
|
Nah, ambillah buku ini!
|
oh
|
Untuk menyatakan perasaan kecewa,
hairan, terkejut, dan sebagainya
|
Oh, sanggup dia menyakiti hatiku!
|
wah/amboi
|
Untuk menyatakan perasaan hairan dan
kagum
|
Wah, cantik sungguh baju kamu!
Amboi, tingginya pokok kelapa itu!
|
wahai
|
Untuk menyatakan perasaan sedih atau
menarik perhatian
|
Wahai teman, belajarlah bersungguh-sungguh!
|
Langgan:
Ulasan (Atom)